10.5.11

Save Me......

Tak pernah kusangka bahawa "masa depan" menjadi mimpi buruk yang terlalu ngeri sekali bagi diri ini.
Nampaknya saya terpaksa, terpaksa menjadi sesuatu makhluk asing pada hari muka.
Apa nak buat? Saya langsung tak ada idea... dan tiada sebarang penyelesaian juga melainkan terima nasib.
Terlalu banyak fikiran, keluhan dan rungutan ingin saya katakan tapi nak buat macam mana... tiada sesiapa pun yang akan memahami saya.

Sebenarnya saya pun sedar bahawa perangai diri telah pun berubah sejak meninggalkan sekolah.
Kebanyakan masa telah dihabiskan secara seorang, jarang-jarang bersembang dengan kawan-kawan yang amat rapat seketika dahulu.
Mungkin? Sayalah individu yang telah berubah tetapi entah kenapa...
Mungkin? Saya enggan sentuh tentang perkara yang mengenang-mengenangkan masa sekolah- sesuatu harta karun yang tidak ternilai bagi saya.
Masa yang telah berlalu tidak akan berulang kembali lagi dan kenyataan yang terlalu kejam ini menyakitkan hati.
Dan mungkin tanpa kesedaran saya dah jadi sebegini...... agar kesedihan tidak ditimbulkan.
Memang saya takut bahawa ingatan diri ini menjadi lemah setelah lama meninggalkan sesuatu... tak kiralah ilmu yang dipelajari, setiap individu kesayangan ataupun memori indah.
Oh... ya gerak hati saya mengatakan bahawa 2bahasa, iaitu BC dan BM yang telah menemani saya lebih daripada 10 tahun akan dipinggirkan setelah mengembara ke tanah asing.
Maklumlah... selepas SPM pun saya dah lupa sebahagian besar ilmu pengetahuan yang seketika kukuh terpahat dalam ingatan. Betapa tragiknya.
Apatah lagi hidup di sebuah negara asing buat 2, 3 tahun? Janganlah beritahu saya kemampuan berbahasa/berkomunikasi dalam sesuatu bahasa tak akan hilang...
Saya tak nafikan kemungkinan ini tetapi, saya yakin penguasaan diri terhadap kedua-dua bahasa ini pasti merosot dengan teruk sekali- tragedi.
Cuma saya tahu inilah luahan hati sebenar saya sedangkan kebanyakan manusia di sekeliling pasti berasa lucu selain teringin hendak mengejek-ejekkan, mengkritik ataupun 'mengubahkan fikiran saya yang bermasalah'.
Jadi menghargai ilmu dan mempertahankan tamadun dianggap berdosa?
Saya tak kira. Inilah prinsip saya sampai ke bila-bila masa.

Saya rasa impian sebenar saya terpaksa diketepikan buat sesuatu tempoh yang agak panjang......
10 tahun kemudian? Oh adakah saya masih berpeluang? Pada masa itu mungkin saya pun tak wujud dalam dunia ini lagi... siapa yang akan tahu? Ataupun dunia ini sudah pun musnah seperti yang diceritakan dalam ramalan hari kiamat 2012? Doomsday?
Saya terasa nak ikut takdir tapi tak puas hati pula...... saya cukup kecewa akan diri yang langsung tidak berharapan dan terlalu menghampakan ini...... setiap kali teringat akan hari muka cuma runsing, runsing dan runsing.
Dan sekiranya saya dikurniai satu harapan sekarang, saya ingin kembali ke zaman persekolahan saya yang tiada sebarang risauan tetapi penuh dengan peperiksaan, kerja rumah, pergaulan dengan kawan serta cikgu dan waktu pembelajaran yang cukup gembira......

No comments:

Post a Comment