14 April 2011 tentulah bukan hari yang dinanti-nantikan......
Temu duga JPA di USM Penang...
Susah nak komen... saya pun tak tau apa yang patut saya cakap...
Cuma berpendapat bahawa... segala-galanya sudah pun ditentukan, tak kira apa jua tetap akan saya terima dengan reda.
Sudah suratan...... biar apa-apa pun terjadi, tetap saya gembira.
Kenapa nak susah hati atas sesuatu yang ditakdirkan bukan kepunyaan kamu...
Kadang-kala saya rasa bahawa adalah lebih baik sekiranya saya cuma mampu memperoleh tawaran JPA dalam negara...
Maka dapatlah saya menumpukan perhatian terhadap cara kehidupan yang telah lama dipraktikkan dan usah risau akan segala perubahan yang akan melanda tatacara hidup apabila pergi ke luar negara nanti bagi sesuatu tempoh yang agak panjang.
Keberatan juga untuk "mengetepikan" dua bahasa yang telah lama dipelajari... tentulah BI menjadi bahasa utama semasa berada di perantauan.
Mungkinkah suatu hari nanti, setelah kembali ke tanah air ini, saya menggagap apabila bertutur kata dalam BC atau BM?
Seolah-olah manusia tanpa jiwa nurani......
Cuma mampu mengekalkan penguasaan bahasa saya tanpa berhenti dalam kehidupan seharian... yakni usaha yang tengah lakukan ini (salah satunya).
Entahlah... mana haluan diri ini pada hari muka...... memang berharaplah masih berada di sekolah......
No comments:
Post a Comment